Monday, January 26, 2009

amer bersunat


pada hari isnin yang lalu amer telah melalui proses bersunat dengan jayanya..tetapi suara amer satu hospital boleh dengar..menjerit-jerit sekuat-kuatnya dan memang menggegarkan jantung mendengarnya.ammar sampai menangis kat luar sedih dan kesian mendengar jeritan amer.walaubagaimanapun semuanya dah selesai alhmdulillah. cukup 24 jam amer direndam dalam air suam selama setengah jam dan lilitan luka pun dah boleh dibuka dengan mudah..setiap kali tukar pampers hanya perlu titikkan minyak gamat sahaja di tempat luka dan kini amer dah sempurna menjadi seorang BOY!! mabruk amer!!
selepas 2-3 hari amer melaui proses bercukur pula..inilah wajah baru amer

Wednesday, January 21, 2009

talent~~



Bakat atau talent dalam bahasa inggeris atau mauhibah dalam bahasa arab adalah anugerah allah jua kepada manusia.ada orang berbakat dalam berkata-kata, mampu memberi ucapan berapi dan berkesan, ada orang berbakat dalam penulisan, tulisannya mampu menaikkan semangat juang dan jatidiri orang lain, ada orang berbakat dalam berlakon dan perlu diarah ke haluan untuk menaikkan jiwa juang dan jihad kepada penonton..ammar pon ada bakat berlakon walaupun ini adalah kali pertama ammar berlakon, nampaknya tidak nervous dan mampu bercakap dengan kuat. Nanti bila balik malaysia bolehlah ammar menyertai pertandingan pentomin antara sekolah-sekolah agama yang mengetengahkan lakonan berunsurkan agama ok...kat sekolah continental ni biasa la sekolah orang putih, pakaian pon tak menutup aurat, balik malaysia nanti ammar akan masuk sekolah rendah islam al-amin, sekolah yang mampu membimbing anak muridnya kepada pengabdian diri kepada Allah..insyaallah.bila nak balik malaysia tue, tak tahulah lagi..paling lambat hujung bulan 8 kot

quran time!


"iqra' bismirabbikallazi kholaq, kholaqal insaana min 'alaq"

inilah rutin setiap hari ammar selepas maghrib 5 hari seminggu, mengaji al-quran dengan mama.tapi di hujung minggu off mengaji sebab nak keluar ke mana-mana atau orang datang rumah.setakat ini ammar dah baca pertengahan surah Al-Kahfi. tapi ada jugak time2 bulan mengambang tu "liat" ammar nak mengaji, buat macam2 alasan, sakit kaki la, lenguh kaki la, sakit tekak la, mama tetap tak kompromi kecuali betul2 sakit hehe...moga ammar jadi haafiz al-quran di masa akan datang macam abang2 kat madinah insyaallah

ammar sangat gembira



kegembiraan terpancar di wajahnya, inilah yang dikatakan ikatan kasih sayang, anugerah ALlah yang tidak ternilai di dunia ini.kasih abang kepada adiknya, tautan hati dan perasaan yang terjalin, menyubur setiap hari dan waktu. Itulah yang dimaksudkan dalam makna firman allah yang mafhumnya " allah lah yang menyatukan di antara hati-hati kamu, jika kamu membelanjakan segala hartabendamu di dunia ini kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka, allah sahajalah yang menyatukan hati-hati mereka.." syukran ya rabb atas nikmat kasih sayang sesama manusia, tanpa kasih sayang lah manusia akan dengki mendengki, bunuh membunuh dan sebagainya.

Tuesday, January 20, 2009

Friday, November 14, 2008

salam perjuangan,

sekian lama tidak membuka blog ini, begitu bz dgn pelbagai urusan, guests dan ke sana sini mengikut suami.
entry kali ini mengenai haji..ya bulan haji menjelang lagi.kalau mengenangkan penat dan letihnya mengerjakan kerja-kerja haji memang serasa tidak larat melakukannya lagi.tapi mengenangkan ini mungkin menjadi haji terakhir buat kami sekeluarga sebelum dipanggil balik menyambung tugas di putrajaya maka akan digagahi jua menunaikannya walau apa rintangan menanti...bunyi khabar tahun ini kawalan ketat akan dilakukan dan semua jemaahhaji akan diperiksa samada mempunyai 'tasreh haji' atau tidak..tapi itu memang gimmik yang sering dilakukan kerajaan saudi untuk mengurangkan bilangan locals keluar haji.
apapun yang penting arafah yang menjadi nadi haji adalah penentu kepada dapatnya haji atau tidak seseorang itu.syahdunya semasa mengulang2 doa di arafah masih terasa, dekatnya terasa diri dengan pencipta, Kau yang Maha Agong Ya Rabb! berjuta2 umat manusia berkumpul hari ini, di waktu dan tempat yang sama, tunduk, rendah hati, menangis, mengadu dan mengkuduskan hati berdoa memohon segala yang dihajati kepadaMu Ya Rabb.
Tidak ada bezanya si kaya maupun si miskin, yang tua, yang muda, bercakap arab jua 'ajam..

Ya allah, bagilah kami kekuatan..moga haji kali ini menguatkan lagi iman, meneguhkan ketaqwaan dan melepaskan kami dari siksaan api neraka..rahmatMu ku harapka ameen ya rabbal alameen.

My mom passed away

2 Ramadhan bersamaan 18 Mei 2018 bonda pergi meninggalkan bumi yang fana' ini..setelah berjuang selama beberapa hari di hospital akib...