Wednesday, July 18, 2012

Wednesday, July 11, 2012

anak-anak makin membesar

Ku pohon kekuatan dari Allah untuk mendidik anak-anakku ini agar menjadi anak-anak yang soleh dan mendengar kata..tidak tinggalkan ibadah kepada Allah dan sentiasa taat dan patuh kepada perintahNya..ameen ya Rabb..



ammar sudah berumur 14 tahun dan semakin tidak suka jika dimarahi selalu..perlu dibuat seperti kawan, mahukan privacy sentiasa dan rajin menghafal al-Quran..moga Ammar sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk Allah dan berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang


aamir semakin menginjak ke 4 tahun..sudah pandai merajuk dengan mama atau baba jika tidak menurut kehendaknya..semakin pandai buat perangai jika tidak mahu membuat sesuatu tapi pandai memujuk dengan mencium pipi...
suka baca Iqraa' setiap hari lepas maghrib dan suka baca buku dan buat activity book pada waktu malam sebelum tidur...

moga aamir menjadi seorang anak yang soleh dan mencapai cita-cita menjadi seorang doktor..ameen

Thursday, July 5, 2012

Ya ALLah ampuni daku


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

buku oh buku..

transform ertinya berubah...
apa yang perlu berubah?? penampilan, isi kandungan, rupa bentuk dan keseronokan menggunakannya..itulah yang diharapkan daripada bengkel ini..dapatan dari semua amat2 dialu2kan untuk memberi nafas baru kepada buku kita..Hidup BBT!


selamat jalan sayangku

Mula berkenalan di tahun 2000..kau yang amat ku sayang dan ku belai pada saat itu..ini adalah kerana amat tinggi nilai untuk memilikimu...
Biar hujan, biar panas, kau tetap dilindungi dan melindungi..di saat ini kebahagiaan sentiasa menerjah hidupku tatkala bersamamu...



Anakku ammar berusia dua tahun ketika kau mula mewarnai kehidupan kami..sementelah amat berat hatinya untuk berpisah denganmu..kaulah ratu kaulah racun yang sentiasa menceriakan perjalanan hidup kami di bumi kuala lumpur setiap masa...



hari ini kau ku serahkan kepada dia..amat berat untuk ku lakukannya tetapi aku terpaksa...kau telah mempunyai pengganti yang lebih comel dan bertenaga kerana usianya yang masih muda..jangan kau berkecil hati ya..jasamu yang tidak ternilai amat ku hargai dan sentiasa terpahat kukuh di hati ini..


Selamat tinggal V6 sayang...

sahabatku..

Masya allah..rasa sangat gembira dpt bertemu sahabat2 lama masa belajar dulu...setelah lebih 16 tahun bertemu jua...




Ukhti Zainon dan Zahriah



Ukhtie zuraini dr zaman sek tingktan 1-5, dr sharodz hingga ke kik..

Moga Allah tetap menyatukan hati-hati kita di atas jalanNya hingga bila2