Wednesday, December 7, 2011

rindu..

semasa ber blogwalking terjumpa lagu ini..ohh saya rindukan iramanya yang sayu..akan saya cuba cari di youtube kalau ada..ada sesiapa yang masih ada simpanan lagu ini sila link ye..
kata2 ini sangat menyentuh jiwa saya..kata-kata sayyid qutb..salah seorang penulis buku ma'alim fit torieeq maksudnya petunjuk sepanjang jalan dan pejuang hebat ikhwanul muslimin di era pemerintahan jamal naserr, mesir..

telitilah bait2nya...

Seandainya kau tangisi kematianku, Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu, Maka di atas tulang-tulangku Yang hancur luluh ,Nyalakanlah obor buat umat ini, Dan …… Teruskan perjalanan ke gerbang jaya. Saudara! Kematianku adalah satu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merindu Taman-taman di syurga. Tuhanku bangga menerimaku Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku Bahagialah hidupku di alam abadi Saudara! Puaka kegelapan pasti akan hancur. Dan alam ini akan disinari fajar lagi. Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya. Janganlah gentar berkelana di alam abadi. Nun di sana fajar sedang memancar


-----Ditulis oleh Syed Qutb beberapa jam sebelum digantung
pada pagi Isnin 29 Ogos 1966------------

just sharing...best sgt..

Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]

Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]

Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)

[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك
Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada

[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

[Firman Allah yang bermaksud:]

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
(التوبة: 40)


[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]

Sunday, December 4, 2011

reminders...

Healthy habits can protect you from the harmful effects of stress. Here are 10 positive healthy habits you may want to develop.

1.Talk with family and friends.
A daily dose of friendship is great medicine. Call or write your friends and family to share your feelings, hopes and joys.

2.Engage in daily physical activity.
Regular physical activity relieves mental and physical tension. Physically active adults have lower risk of depression and loss of mental functioning. Physical activity can be a great source of pleasure, too. Try walking, swimming, biking or dancing every day.

3.Accept the things you cannot change.
Don't say, "I'm too old." You can still learn new things, work toward a goal, love and help others.

4.Remember to laugh.
Laughter makes you feel good. Don't be afraid to laugh out loud at a joke, a funny movie or a comic strip, even when you're alone.

5.Give up the bad habits.
Too much alcohol, cigarettes or caffeine can increase stress. If you smoke, decide to quit now.

6.Slow down.
Try to "pace" instead of "race." Plan ahead and allow enough time to get the most important things done.

7.Get enough sleep.
Try to get six to eight hours of sleep each night. If you can't sleep, take steps to help reduce stress and depression. Physical activity also may improve the quality of sleep.

8.Get organized.
Use "to do" lists to help you focus on your most important tasks. Approach big tasks one step at a time. For example, start by organizing just one part of your life — your car, desk, kitchen, closet, cupboard or drawer.

9.Practice giving back.
Volunteer your time or return a favor to a friend. Helping others helps you.

10.Try not to worry.
The world won't end if your grass isn't mowed or your kitchen isn't cleaned. You may need to do these things, but today might not be the right time.

Friday, December 2, 2011

its winter..yet not snowing part 3

Semasa di beijing, kami melawat forbidden city..istana dynasty ming..melihat tempat emperor disambut di dataran luas oleh tentera2 istana..macam dalam cerita jackie chan

segala peralatan tentera, dayang2..bilik tidur raja n tempat anak raja memerintah..



ti an men square..depan forbidden city..

...kemudian kami melihat the summer palace..tempat raja berehat musim panas...cantik sesangat masyaallah sebab terletak di tepi sungai...tapi..ketar sbb sejukk sangat2...




credit to http://www.anastravel.com.my/ for the great package!

holiday @ beijing part 2



terlupa nak menyatakan credit kepada anas travel kerana berjaya merealisasikan impian kami sekeluarga menjejakkan kaki ke great wall of china dalam pakej yang begitu murah dan menarik..makanan pun halal alhamdulillah..

Restoran Islam..

taklah macam holiday kami ke hong kong dan guangzhou dahulu, terpaksa membawa ricecooker kecil untuk memasak nasi goreng dan segala macam bekalan makanan ( satu luggage hehehe..)

Antara tempat menarik yang telah kami lawati ialah olimpik park beijing..kan tahun 2008 beijing jadi tuan rumah sukan olimpik...yang paling wow sekali ialah stadium bola berbentuuk sarang burung "bird nest" dan Kolam renang "water cube" yang sangat2 cantik..amazingly at night i tell u!

bird nest at night..

bird nest di siang hari..normal je kan..



dataran olimpik di belakang nun..
sebenarnya kami bawa swimsuit, dalam tripadvisor ada orang yang kata seronok dapat mandi di watercube, airya suam, banyak permainan air macam waterworld katanya..tapi sayang sekali musim sejuk watercube di tutup se awal jam 8 mlm..melepas la budak2 ni nak swim

watercube di waktu malam...nice!!

holiday @ beijing part 1~akhirnya sampai jua





subhanallah...itulah perkataan pertama yang terucap apabila dapat menjejakkan kaki di Great Wall Of China, Beijing...

Betapa hebatnya tamaddun Dynasty Ming semasa itu yang telah menjangkau pemikiran paling advance dalam senibina.. Betapa raja ming yang sangat sayangkan negaranya dari dijajah oleh monggol dan sekutunya bersepakat membina tembok sepanjang 6000km sebagai perisai untuk memastikan pertahanan negaranya mantap dan utuh!!
selama 200 tahun masa yang diambil untuk menyiapkan tembok-tembok tersebut dalam beberapa fasa dan melalui beberapa dynasty raja2 china..
Kesungguhan orang china terpancar pada senibinanya yang utuh, menakjubkan kerana ia dibina menaiki bukit, menuruni bukit berbatu yang curam melengkok-lengkok dan disusun dengan berbillion2 batu menjadi anak-anak tangga untuk sampai ke satu checkpoint ke satu checkpoint..
Oleh sebab itulah great wall of china termasuk ke dalam 7 perkara ajaib di dunia termasuk pyramid,sphinx di mesir, pisa tower di italy, taman tergantung babylon di iraq,taj mahal di india, eiffel tower di paris...so yang belum kami lihat hanya tinggal taj mahal n taman tergantung babylon...insya allah akan sampai jua...