Friday, September 11, 2009

selamat hari raya

selamat hari raya kepada semua yang sudi mengunjungi rumah saya yang tidak seberapa ini..sila ambil kad raya di bawah khas saya tujukan buat anda pengunjung budiman sekelian:



" Wahai Tuhanku, seharusnya HambaMu ini Tidak layak menjadi penghuni Syurga Firdaus, tetapi aku tidak tahan untuk menghadapi siksaanMu di dalam api neraka Jahanam, Maka oleh kerana itu Ya Allah , terimalah taubat ku dan ampunkanlah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mengampunkan

kad raya dr k pah

Monday, September 7, 2009

mari..jadikan al-quran teman kita!!




Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya.. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

laknatullah ke atas yahudi






Thursday, September 3, 2009

Lailatul Qadr...Rindukah kita?

Kerinduan paling klimaks bagi seorang mukmin yang sering sujud dan mengharap keampunan Allah di malam-malam Ramadhan tidak lain dan tidak bukan ialah kerinduan beribadah di malam Lailatul Qadr..
Alangkah indahnya jika kemanisan beribadah kena pada malam yang akan turun malaikat dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadah secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka..ALLah akan mengampunkan semua yang mengingatinya dan khusyuk memohon keampunannya pada malam barakah yang disamakan amalan satu malam seolah beribadah seribu bulan ini kecuali 4 golongan :
~ Peminum arak
~ Penderhaka kepada ibu bapa
~ Pemutus silaturrahiim
~ Individu yang sedang bermusuhan

Sesiapa yang terlepas malam ini bermakna dia terlepas peluang seumur hidup kerana belum tentu kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang...LAilatul Qadr adalah bukti yang Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana kita dianugerahkan pahala-pahala yang banyak seupaya dengannya kita akan masuk syurga..

Selamat Mencari Lailatul Qadr!!


Saat2 indah di depan baitullah..oh Rindunye..

Tuesday, September 1, 2009

Azab Bagi Wanita

Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali r.a. menceritakan suatu ketika beliau melihat Rasulullah s.a.w
menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah menangis.

Baginda menjawab, "Pada malam aku diIsra'kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. "

"Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. "

"Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking. "

"Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka."

" Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. "

"Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta. "

"Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. "

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah s.a.w menjawab,

"Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. "

"Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. "

"Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. "

"Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. "

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. "

"Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub. "

"Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. "

"Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.